Mood; excited to see Yuri's babies and makan laksa plus tomyam too~
atmosphere; at work and almost nak balik dah
hey wassup you guys, today a lil bit experience during my last day this week. tak sangka pejam celik dah hari jumaat and lagi 2 minggu akan tamat praktikal kat sini, can't wait.
So today's story not so muchlaa, but aku telah capture some moment to describe what happened hahaha. actually hari ni aku kena gi Gurney mall untuk training sebab kena jaga ISOFU's showroom for a week. arrhhh mati kena buat sales, seb baik berbayar itu yang pejam mata tuh.. apalah aku nak mencarut kat customer nanti, merapu bolehlaaa... hahahah enough of that... so lepas kena brief dan di ajar oleh my sales manger then aku pon blahlaa... so let's enjoy some pictures. booommm~
turun guna eskelator, showroom kat tingkat 5 ke 4 ntah, gayat. haha hati-hati bang tengok depan.
bukti aku memang datang sini tak melencong ke lain okay. tapi dah mall memang aku melencong tengok baju-bajula bahahah sempat lagikkan. ooppssss~
kenapa highlight itu amoi... hoi tuh bukan amoi sebarang, itu WONDER WOMAN. hehe kostum jew tuh... kan Mac ada buat promosi jenama wonder woman apa ntah. malu nak snap dekat2x. jauh2x dahlaa... kalau korang nak ke pakai camtuh? orang lalu lalang ramai... segan siot. thumbs up amoi!
on da way nak kluar, usha-usha barang sket MNG lah TOPMAN lah apalah... pastuh teringin EACH OF CUP. terus patah balik gi cari bendalah tuh. sedap siot.
taddaaaaaaa!!! hoh ini sedap siot tambah letak pearl dia tuh, sedap... kali nie pak cik pilih chocolate oreo. sedap!!! silakan mencuba.
dok sedap hirup tengok dah 1 suku, alaaaaaahhh tak makan lagik nie.... masjid dah panggil so aku decide gi makan dulu jugak!!! dan tiba2x teringin nasi kandar line clear... so amik moto vroooooooommm gi penang road.
sesampai jew dia tulis.
DITUTUP SEMENTARA UNTUK SEMBAHYANG JUMAAT, HARAP BERSABAR!!!
sentap gila aku, so aku pon blahlaa gi masjid. bahahahaha ingat nak gi masjid kapitan keling tapi rasa jauh plak... so pi yang terdekat ja, masjid jamek dekat ja dengan komtar.
masuk jew masjid sejuk rasanya, kat luar panas nak mati... kadang-kadang kita alpa dengan kehidupan bila gi masjid, barulahh rasa ketenangannya amin...
kita hanya sujud padaNya, Maha Kuasa. semoga perjalanan hidup kita diberkatiNya amin..
HOH!!! WHAT HAPPENED!!!... ntah... aku park sebelah kereta nie jew.. bukan salah aku pon bahahahha~ nampak cam cun kan tapi sayang dah rosak teruk. sian... T_T
selesai solat jumaat, dengan perot yang mendidih bak gunung berapi, aku pecut ke Nasi Kandar Line Clear.
keluar dari masjid, nampak nie, KOMTAR. hahah punyalah ramai orang,hisshhh~ santekkan? my fav pic hari ini!
on my way ke penang road, terletaknya line clear. amboi mamu! interframe noh
nanti nak jalan-jalan kat sini, banyak kedai menarik.. sapa nak ikot?
fuhhhhhhhh... sampai terus aku parking. skalik tengok camni!!!
ramai nak mati!!! patotla pemes!
panjang tak berator?!! sangat!!! korang tahu brapa lama aku tunggu japgi gtaw... haisshhhh smua kelaparan nie.. yerlah time makan time nnie. hehehe
baru nak bawak Yuri mai... hisshhh hahah~
haaaa apakah menarik tentang gambar nie? meh nak cite.
aku dok tunggu bagai nak rak tuh, aku terdengar perbualan makcik nie.
"mamu bok mai udang 2-3 ekoq sat, kepala ikan skali noh.."
mamu jawab "haa mami tunggu sat noh, saya buat hat baqu fresh bagi kat mami..."
mami "haaa takpa baguih jugakk lagu tuh" sambil dok garu-garu telinga dia...
dalam hati aku, amboi mami ngan mamu dok sembang... tapi mami nie cam takdak barang kemaih pon cam lam cqeta mami jarum...
skalik dia garu telinga mcm dalam gambaq atas... nan dia!!! gelang berlian uoolssss~
bahahahhahaha best betoi. camni noh depa...
camtuhlah cqetanya...
pilih-pilih nak apa???... sedapppp~
okay tahu brapa lama aku tunggu berdiri line tuh? setengah jam tepat okay.. fuhh ramai!!!
so aku pilih makanan biasa ja, telor masin, ayam goreng, kuah campur, teh o ais. ingat nak makan situ tapi semak dan sesak jaa... so tapawlaaa...
vrommmmmmmmm balik opis.
sesampai opis terus pi kat pantry.
ini dia yang di bungkus. sedap tak? of coz!
muka gelojoh kelaparan. HAHA. nak ikotkan sama ja nasi kandarnya. tapi mungkin nasi kandar tuh femes dan mengekalkan seperti kedai tuh mula beroperasi. mungkinlaa.. hari nie rasa sedap sket sebab i lapar sangat. hahaha~ mari makan readers!
lepas makan apa kita buat?,
dongak ke atas, tangan di dada.
BHAHAHAHAHA, nampak cantikkan. tak rugi pon.
THANKS for reading, letih dah menaip. ok jom bersiap nak balik. yeayyyy
p/s; tak pilih lagi nama anak-anak yuri, and plus next week gonna be a one hell week. letih!!
5 comments:
meriah btl hari ko ari ni...hahahaha
ouchhh... nice niceee
bestlah post hang nad. klu aku p peneng bwk aku p nasi kandar line clear tu k. hehe. tp hang blanja lah . ;p
reffi - yeahh terlebey suda
red - hahahah thanks sir
abear - no hal laahhh leh jaa~ mai ti aku bawak~
Post a Comment