Friday, February 13, 2009
Majlis Menjejak Tanah dan Jejak Kasih
Pada hari ahad yang lalu aku dan rakan-rakan i mean sham dan omaw telah dijemput oleh keluarga enil dan lebih tepat oleh enil sebenarnya untuk datang ke rumah menghadiri satu majlis yang dinamakan majlis menjejak tanah. Sedikit maklumat untuk tatapan readers, menurut mak saya, upacara ini dijalankan kepada kanak-kanak yang mencecah umur setahun. Dalam tempoh itu, baby atau kanak2x itu tidak boleh menjejakkan kakinya ke tanah atau dipanggil pantang tanah. Ini kerana mengikut kepercayaan, si baby akan mengalami penyakit ganjil seperti cirit birit yang tiada ubatnya dan menjadi kurang cerdik jika tidak pantang tanah. Upacara ini dijalankan oleh bagi mereka yang berketurunan Diraja Pagar Ruyung. Ini termasuklah keluarga aku dan jugak enil kerana kami datang dari keluarga berketurunan Rawa. Ketika upacara itu, si baby berpakaian kekuningan bagi melambangkan seperti kerabat diraja... terdapat lagi beberapa step untuk menjalankan upacara ini. kat sini tak blehla cita panjang-panjang coz aku pon bukan tau sangat... huhu tengok jew pon...
yang pastinya anak sedara enil tuh memang comel ya amat... sukanya tengok dia berpakaian mcm pahlawan melayu.. GERAM dibuatnya... dalam banyak-banyak pics yang ditangkap arituh aku suka dia di pangkuan ibunya tuh... kredit to me coz aku yang tangkap gambow tuh... nampak klasik gler... tol x?... haha
masa tok bomoh menjampi dia di depan umah, kesiannya dia menangis sebab tak slesa, yang maknya aku tengok dah tak sedap ati tapi lagak cool jew... selepas baby di jampi dia dimandikan... selepas tuh selesailah... selepas nieh boleh si baby comel tuh main diluar rumah dan merasai tanah... alhamdulilah upacara tuh berjalan lancar...
lepas tuh diorang buat doa selamat, then time ntok melantak, diorang wat pulut kuning dan bihun goreng. Ketika makan, adalah atok2x tua menyembang dalam bahasa rawa, aku usha omaw.. dia dah blur apalah diorang yang cakap... kalau readers nak tau, kadang aku sendiri pon tak paham, nak kata siam bukan, nak kata negori bukan... rawalah... kalau biasa dengar okalh... huhu nanti aku ajar korang bhasa rawa k.
Part paling bes arituh adalah.. nieh nak citer... aku menyembang dengan opah enil... ntah camne ntah dia kenal dengan arwah 'uci' aku aka opah akula,pastuh camne ntah aku dan enil diisytiharkan sebagai SAUDARA... hahahaha... tak sangka rakan sekelas tiba-tiba jadik saudara... memang jejak kasihla...
lepas glak tawa, nyembang, shooting, melantak kitorang pon blahla... thanks to enil coz jemput aku dan rakan-rakan ke majlis tuh... wlaupun aku orang rawa aku tak pernah tengok pon jejak nieh... huhu plus aku pon tak buat... huhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hahah
pasal kerusi patah tu.
ko tak tulis,
aku tau asal ko tak tulis.
sebab ko penyebab kerusi tu patah.
hahaha
aku duduk ngn enil ok jek.
bluek ;P
comey betui budak tuh
Post a Comment