Sunday, December 28, 2008

Sabtu : Kenduri Zul dan Lepak

Currently listening to : Meant To Live - Switchfoot (OST Spiderman 2)
Decode - Paramore (OST Twilight)
Teringin nak tengok : Twilight dan Hysteria

Pada hari nie, aku dan rakan-rakan telah dijemput oleh Zulhimi, salah satu old friend dan ex-KPTM, ke rumahnya untuk menghadiri kenduri kawin abangnya. Pada pukul 1.20 p.m aku sudah terpacak di depan pintu rumah menunggu kawanku si Emran, Janji katanya nak pergi dalam 12.30 camtue tapi sekarang dah pukol brape... Perot pulak mulalah mendidih sambil membayangkan lauk-pauk kenduri yang aku kan jamah jap lagi.

Setelah disound aku, aku dan emran pon mula bertolak ke rumah Ash untuk pergi bersama kerumah Zul, sesampainya dirumah Ash, dia tidorla plak... hayoo... then dalam beberapa minit barulah kitorang pergi. Sesampai di rumah Zul, terooos kitorang menyerbu ke meja. Kenduri tuh style buffee.. kalau nak berhidang lambat kot, sekarang orang dah tak pakai dulang... bufee jew... cepat dan senang... tol x?

Menunya adalah, gulai Kundur, gulai daging, daging masak kurma dan acar nenas, ingatkan ada lauk ayam tapi takdakla plak... ekkeke yerlakan hantu ayam nieh... huhu... tapi Alhamdulilah kenyang jugak... selepas chat-chat sket dengan zul dan dapat bunga telor teroos kitorang balik... yerlah dok lepak lama-lama orang pon nak duduk nak makan... ye tak?... mempelai mengenakan baju pengantin warna kuning kecoklatan sket... lawa bagai merpati sejoli.

Petang pulak, aku pergi lepak kat umah Iger untuk pulangkan Cd Software, aku suka guna Adobe Photoshop Element, ntah bagi aku selesa nak guna, so dia ja ada... aku pinjamlah... kali nie balik tak banyak keluar dengan dia, selalunya memang slalu lepak ngan dia kali nie tak plak tapi takpalah kira hari nie dah jumpa jadiklah... kitorang rancang nak pergi karoeke dan shopping tapi apakah daya kita hanya merancang dan ianya tak terjadik... len kalilah...

malam kang aku nak gi SP nak gi beli almari plastik dengan mak... huhu
well that's what happening today...

psst:// sedeylah dah nak balik ke ipoh, nak lepak kat kedah lebey lamala...

Saturday, December 27, 2008

Ho Ho Ho! Balik Kampong


Tanggal 24 haribulan 12 merupakan tarikh yang cambest bagi sesetengah orang dan termasuklah aku kerana aku dapat pulang ke Kedah untuk bertemu keluarga dan rakan-rakan. Setelah sekian waktu, akhirnya tibalah tarikh hari nie, aku dan adikku Mella telah pon bersiap dan terasa gembira untuk pulang ke kampong halaman.Malah aku dapat cuti tambahan iaitu, Merry Christmas dan Awal Muharram... tima kasih... amin


Mella sebenarnya telah datang ke Ipoh sempena cuti sekolah dan dia stay di rumah acik di Taman Gopeng Indah. Tepat pukol 10.00 aku dan adikku telah terpacak di depan bas. Di Medan Gopeng dapat juga aku bertemu dengan beberapa rakan yang lain sperti Ustat Amin, YB dan seorang rakan diorang yang nak balik kedah juagk, aku tak ingat apa namanya la… haha~ sempat aku berbual dengan mereka, dan menurut YB, dia baru jew pas hantar Omaw kat stesen keretapi. Omaw sangat excited naik keretapi coz katanya ini adalah first time dia naik ketapi. Masa aku menunggu bus aku juga sempat bertemu dengan Afiq aka Mawi, dia nak balik Johorlah tuh…


Setelah beberapa kilometer, bas tiba-tiba berhenti di depan JayaJusco Ipoh, kenape ntah?... dalam hatiku hendak jugak ku maki bas nieh tapi dari buat begitu lebey baik aku hantar sms ucapan goodbye kepada rakan-rakan, iaitu Omaw, Enil, Sham dan juga Lea…


Aku telah tulis sms yang berbunyi begini dan di hantarkan kepada mereka ber3, Lea special case aku taip panjang sket… bunyi mcm nieh….


“Bye kawan BUEK!!! Hik3x rinduilah nadzirul afif tau! Senyum sket”

Maka apa yang telah dibalas mereka?!


Enil - “;p ati2x tau… jge adik ko elok2x… yg penting, edit pics ku n bufday 2 tau…”

Omaw – “ ;’) ”

Sham – “Nad kat mana?” (knape dia Tanya mcm tuh, katanya dia lalu di depan bas Seri Maju padahal aku naik bas Mara Liner… haha tersilap sudah)

Lea - … erm tak balas sebab sibok kot takpe no problem dia mesti nerveous nak pergi sana… huhu Goodluck yer Lea


Sesampai jew di Sg. Petani jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi, menunggu mak dan ayah datang mengambil kitorang agak lama jugakla… huhu… kelihatan banyak gler teksi dan prebet sapu menunggu pelanggan tapi bila diorang Tanya aku, I just say “No TQ”… selepas naik kereta mak mengajak kitorang pergi makan, aku pon terasa lapar, aku telah memesan Roti Nan Butter, uhuu sedap jugaklah… Mella, mee mamak, mak sama ngan aku dan ayah roti canai biasa…kitorang makan kat Nasi Kandar Pelita… huhuu…

Sesampai jew umah aku terus ke bilikku dan teroooss zZzzZZzz kerana keletihan… huhu


psst:// aku sangat letih coz dari kolej ke tambun, tambun ke Gopeng, Gopeng ke Medan Gopeng, Medan Gopeng ke Sg Petani... Non-Stop!


hampagas feeling: nak upload gambaq ja problem...geram tol blogger nieh

Wednesday, December 24, 2008

Pergi YikFong dan ...



Setelah dimaki oleh omar dan sham, akhirnya aku mengagahkan jari jemari aku yang tak berseni ini untuk menaip beberapa nukilan yang telah aku lalui beberapa hari yang lalu. Omaw cakap aku dah masuk 6 hari tak update blog nie, aku pun taktau kenapa lak jadik malas. Beberapa hari telah berlalu, dan aku juga telah mula melupakan detik-detik yang dah berlalu… tapi kat sini aku try my best to remember and interpret them into today entry… huhu


Pada beberapa hari yang lalu aku dan Enil telah pergi ke YikFong (place for computers and gangs and youngsters fashion boutique). Kata Enil dia nak beli skinny jeans warna purple. So aku dengan tak berapa bangga pergi teman dia. Sesampai jew kat sana teroos kitorang cari kedai yang di maksudkan. Selain tuh enil juga pergi jemput Pendrive Hampeh kesayangannya… kenapa aku cakap mcm tuh?... sebab memang hampeh pown, asyik takleh bukak coz ada program security ape ntah kat dalam pendrive dia. Pelik dari orang lain.. huhu… selepas ambik, aku dan enil juga sempat usha2x beglah, barangan komputerlah, dan beberapa hal yang tak patot yang lain. Sebelom balik kitorang pergi ke kedai skinny jeans yang ENil nak beli, harganya RM55 tapi enil cakap dia dapat murah iaitu RM52, I was like… okay????!!! Haha~ akhirnya dapat jugaklah enil skinny jeans ungu impiannya, well orang ada wet MARA mestilah nak bergaya… huhu Maka menujulah kitorang pulang ke arah Gopeng. Saksikanlah gambow2x ini yang sempat aku snap ketika meneman Cik Enil… haha~ thanks sebab belanja kan tambang bus dan juga tak suruh aku beli slurpee satu lagik hik4x….

Sebenarnya aku tengah blur sekarang untuk menulis blog nieh, aku juga dah lupa beberapa perkara yang telah berlaku tuh jadik kau senaraikanlah yang mana aku ingat hahaha~



enil jalan-jalan cari nahas kat yikfong

  • jumpa lea tapi kurang gempak coz… hurm… whateva… but happy at last meet her before dia pergi.
  • ezam mengalami excident, dan semua berasa sangat seday
  • aku dah bertukar kelas dari 0202 ke 0205 untuk bersama Enil dan Omaw, haha ada Kak Yung dan Faiz juga… ex-0105.
  • Belajar menyesuaikan diri di rumah sewa baru dan kelas baru
  • Seronok di kolej sebab boleh on9 myspace and blogging kat laptop sendiri, wayerless aku dah bleh detect.
  • Juga telah ada Moto sendiri, EX5 berplat AGR 2341, sangat sexy,elegen dan di gelar “My Boo”, haha~
  • Nasi ayam “mak angkat” aku sangat sedap.


psst:// hari hari berlalu tak menunggu langsung diriku...

inilah "my boo"ku... didalam hidupku... aha~

Tuesday, December 23, 2008

The advantages and disadvantages of computer in education


maap semua sebab tak upadate blog, omaw dah bising...
nanti aku update yer... wat sementara waktu aku nak tolong semua student diluar sana tentang COMPUTER... haha~

Over the past decades, computers have become a vastly popular household item. The luxury of emailing messages as opposed to charging up the phone bill is more appealing. Checking news, weather, and sports via the Internet is a convenience that many are taking advantage of it.

Our teenagers and children's lives are already getting influenced by technology – and this is just the beginning. Computers and Internet are here to stay and software titles targeting young children continue to increase. Today, we find computers in use everywhere, whether we go to reserve a train ticket or to a Bank. This is because it is faster and helps us complete our work without mistakes or errors.

In education, computers give a lot of benefits or advantages to the students. One of the advantages is it can help us to find information about our subject syllabus via the internet. There a lot of website that we can surf to find information such as Wikipedia.com and AskYahoo.com. Besides that, Computers help students to be in control of their experience, to set their own pace, and to select the level of challenge with which they feel comfortable. Computers help students to use all of their senses to extract information. Computers also fascinate students and can draw their full attention, which often results in a deeper focus and concentration.

In Addition, good educational software enables children to develop and practice a broad range skill. It can help them learn and practice what they just learn in class and make it more understanding on any sub-topic that they could not understand before in class. Good software can also help students develop their understanding of cause and effect, higher order problem solving, procedural thinking, and creative expression. Computers are helpful because they offer a wide range of functions and services that are not available anywhere else.


Besides that computers also a devices that make students do their project, assignment or presentation easier. By using software such as Microsoft Word and PowerPoint, those works can be produce faster and easier. We also can duplicate and share with others our works. It also helps us to do the project tidier and we also can put color or images.

But, everything in this world must have their negative side. Computers could not pass from it. Nowadays, the teenagers are dramatically changed due to the computers. This is because the majority of teenagers have their own personal computer (PC) or Notebook and it has played a key role in their lives. One disadvantage of owning a computer is the information that students can access from the Internet. The Internet has also made the youth of today quite lazy, especially in terms of their education. If a student needs to research information for collages, they merely access a relevant site and download the information, rarely paying attention to what is written. They just copy, paste and print it without retouch the source. Besides, to purchasing the network cabling and file servers can be expensive. If the file server breaks down the files on the file server become inaccessible.

The dangerous part is viruses can spread to other computers throughout a computer network. There is a danger of hacking, particularly with wide area networks. When viruses affect the computers, it could not be useful anymore. Frequently and prolonged computer sessions may pose physical health risks for students. The most frequently cited are visual strain, harmful effects of radiation, and posture and skeletal problems. In the case of normal usage and normal operating conditions, however, research has shown that computer monitors are safe and does not compromise the health of our eyes and that computer monitors emit little or no harmful radiation. What does seem to pose a hazard is the strain placed on a user's posture and skeletal structure if she/he consistently uses a computer.

For Surfing the Internet, parental involvement & control is a must. Because maybe the students does not do their homework but instead playing online games or surfing pornsite

Computers are the wave of the future, but old fashioned learning techniques should not be forgotten. A student needs to interact physically with other people and not learn everything from computers.


psst:// ini merupakan strategi jugew...

Wednesday, December 17, 2008

Assignment PhotoMedia


aku pilih gambor nieh...

Saya memilih gambar ini kerana saya sendiri merupakan peminat model di dalam

gambar ini iaitu penyanyi/pelakon/penulis lirik/komposer/pereka fesyen yang dikenali sebagai Avril Lavigne.

Apa yang membuatkan saya tertarik dengan gambar ini adalah kerana mimik muka Avril sendiri yang kelihatan muram dan sedih tetapi dalam masa yang sama beliau masih tampak cantik dan menawan.

Selain itu, penggunaan warna “black and white” menambahkan lagi mood kepada gambar ini yang mengambarkan kesuraman dan kegelisahan seseorang.

Saya juga tertarik dengan rambut Avril yang berwarna pink di tinggalkan dalam keadaan warna asal dan yang lainnya ditukar kepada warna hitam putih. Ini menonjolkan “signature look” atau “style” yang selalu diragakan oleh Avril Lavigne sendiri.

Penambahan bunga-bungaan di bahagian atas yang menggunakan “brushes” juga mencantikkan lagi gambar ini

Seperkara yang saya kurang minati adalah terdapat seperti kayu yang menghalang rupa model tetapi telah dikaburkan. Jikalau tidak ada mungkin akan tampak lebih menawan. Tetapi secara keseluruhannya saya amat tertarik dengan gambar ini.


psst:// bleh dapat markah elok ke kalau aku komen mcm tuh?


Tuesday, December 16, 2008

First Day!

Hello readers…hik100x poyo tol aku nieh…


Hari nie hari pertama aku masuk kelas untuk sem 2 (15/12/08)

Malas betul… tambahan plak kawan-kawan aku semua kat kelas lain… omaw, sham, enil dan yaya kat kelas lain, aku jew stuck kat 0202, kenape ntah? (ceh poyo padahal pointer MERIT… muahahhaa bukan nak riak ok)… dalam kelas tuh yang aku kenal just Pian housemate aku dan YB kawan omaw. Then adalah 2,3 muka yang familiar tapi taklah kenal… hampeh betul… awex pon just Pijah “Si Comel” tuh… tambah lak dia cakap nak pindah kelas 3, heh lagi boring aku.. takpelah aku akan try da best untuk seswaikan diri.


Tadi aku dah masuk 2 kelas, patotnya 3… satu takde… tapi yang aku takot dan tak sobor nak blaja adalah Digital Photo Media, ingatkan dapat sweet Miss Shakura tapi dapat Sir… tapi takpelah janji dapat blajow kan… huhu


Hari nie masa time Mentor Mentee kitorang dapat jugakla berkumpul mcm kelas 0105 dulu, best jugakla… huuhu… aku lebih suka kelas ngan diorang, serasi tapi sorang jewla yang buat taik… then.. tak cukup Zul ngan Lea… heh knapelah korang pergi?!!!... haha~


Miss Putri cakap nak gi Pulau Pangkor jugak bulan 2 nieh… harap2x jadiklah… best jugak bunyinya… then dia gak cakap habis final nak mintak MARA taja trip ke Cameron Highland… ha Lea! Kalau kau nak ikot bolehla! Coz kan Miss pernah cakap bleh ajak orang luar… nanti kitorang Tanya.. itupun kalau kau sudi, wah mesti panaz bas kalau kau pergi… the M ada… takpe… bukan sebab tuh jew, sebab lain kau pon dah hot!... muahahhaa… merapu ape ntah aku nieh… cadangan omongan kosong aja… kalau jadik best jugak… tapi orang nak gi Melaka da… jauhnyer…


Hari nie aku sangat gumbira jugak coz for the first time my laptop wayerless is working! Gosh… aku sangat gumbira… haha~ Yaya pon dah ada Laptop, katanya esok broadband dia akan di activate…. Wah jelesnya… Enil pon baru bli laptop ngan bapak dia tadi… Compaq Presario kot… jelesnya… huhu


Hurm so that what happening on that day, hope tomorrow is another great day! Allah bless y’all….


Saksikanlah gambow -gambow ini J


knape hidung aku mcm patah jew...

ceh! sempat lagik pose...

Miss Putri tengah bersyarah

omaw...ngeeee :-)
yaya sedang tumpukan perhatian serta rakan2x yang lain.

miss PUT tengah bebel ape ntah?

LEA!!! tolong jawabkan???!!

psst:// knape nasi ayam makcik cafe tak sedap ha?


Monday, December 15, 2008

Pendaftaran Sem 2

Pada tanggal 11 Disember 2008… aku dan rakan-rakan di KPTM telah bersua dan mendaftarkan diri untuk sem yang kedua…


Mari kita imbas kembali detik waktu itu… sesampainya aku di Kolej, aku dapati 2 orang rakanku melambai-lambai menyambut kedatangan ku diiringi dengan beberapa pom2x girls, sekumpulan pemain kompang, pancaragam serta peminat2x . Sejurus aku turun dari moto kristar pakcikku, limpahan cahaya flash kamera berjuta-juta sehingga menyilaukan mataku… aku menyusuri red carpet dengan serba hitam bersama ‘bahu-bag’ adikku… sungguh glamourous… OKEY WAKE UP HONEY!!!


Haha~ merapu betol… well dua orang tuh adalah Sham dan Omaw, sham dengan baju barunya dan omaw sama tema hitam dengan aku (kebetulan lagik) serta datang dengan familynya. Dapat juga knal maknya tapi seganla nak tegor sangat2x huhu… I’m excited at that time but I’m still miss my hometown,family and friends but life must go on.


Kitorang time tuh nak tunggu Enil, tapi minah nie semputlah plak… cee pagi tadi budget dia sampai dulu rupanya, ya ADO!... then aku,sham dan omaw pergi ke tingkat 4 untuk pendaftaran. Sampai kat atas tuh, ramailah ya amat… mcm first time daftar hari tuh gak.. hampeh kena tunggu lama ya amat… masa nak wat first pendaftaran aku di-compound sebab tak bawak kad ID, hampeh melayang sepuluh ringgit.. waaaa~ sialan betol!


Tak lama pastuh Enil pun aku jumpa… lama tak jumpa diorang bestla plak… Cuma tak cukup satu jew Cik Lea Sharif, well orang sekarang panggil budak Uitm… huhu KPTM see ya!... tapi takpelah nak wat camna rezki masing2x kan… Enil hari tuh nampak matang coz menggenakan baju kurung moden… ala makcik beranak 4 mcm tuh tapi still glamourlah.. muahahaha… lawak jew


Masa kat tempat pendaftaran jumpa ramai kawan-kawan cam Qat, YB, Sue Saadon, and of coz with her clique si An, Jericho juge(lea suka sangat arr), John, Yana, NorKakYung, Zaif, Rizal dan banyak lagilah… then part paling aku seedy adalah… uhuuu wet mara aku tak dapat gi mcm Enil dan yang lain iaitu, RM3863 tuh…. Uhuhu fuh banyak!!! Kata miss tuh dia soh rujuk dia nanti, coz kan hantar lambat sket, wet pon dapat lambatla sket, harap aku dapatlah coz borang kena kuah Maggie masa time rompak hari tuh… adaka perompak tuh tendang mangkuk magie tuh pastuh kena habeh borang aku.. hampeh~ lagi tragis!


Dalam pukol 12 lebey, semua urusan selesai, Enil ajak aku untuk teman dia ke CIMB Bank untuk tebus cek yang bernilai Rm3863 tuh…. Ish jeles btol! Bapak dia soh beli laptop, hahaha habehla duet ang Enil Fitrah oit!... then selepas say goodbye to her, aku ikot Pian dan Puntong a.k.a roommate aku di rumah sewa baru kat Tambun… pada mulanya aku rasa agak jauh tapi bila sampai kat situ aku rasa umah tuh agak ok dan selesa, berhampiran dengan bukit, bercirikan apartment dan umah tuh nampak baru jew.. tapi dengar cita dah 5 tahun… cantik gakla senang cerita… dalam rumah ada 3 bilik dan 2 bilik air, pada mulanya nak dok 4 orang jew tapi dah tukar coz silap tahu harga sewa, sebulan 400 so kalau dok 4 orang, pergh rm100 sorang… so nak carik lagi rakan sebilikla, tapi aku dah ada kot, Si Mawi!... huhu

Hampir 3 setengah aku pown pulanglah… well it was an exhausting day but I still made trough it… yee-haaa!!

Saksikanlah aksi-aksi ini….


enil yang tayang cek bernilai RM3863


rumah sewa baruku di tambun

ruangan tamu tapi tetamu datang dok kat lantai jew

bilik kat dalm rumah tuh... nieh pian ngan sham dudok


aku ngan omaw pose masa tengah sesak2x...(sempat lagik nieh)


tengah tunggu turn, no 2008.. huhu

makcik beranak 4... nak pose jugak...

omaw...oh omaw...

sham dan enil... nak mula daftar diri


enil yang blur....

Saturday, December 13, 2008

Night Out!


Hellooo…Kat post nie nak aku ceritakan tentang malam selasa pada 9/12/2008…

Sedang aku enak menjamu selera sambil menyaksikan keindahan Pantai Merdeka(indah ker?)… aku mendapat mesej dari seorang sahabat, Ira Mastura… katanya nak mengajak aku dan rakan-rakan keluar lepak pada malam tuh. Mulanya aku mcm taknak coz esok nak balik Ipoh dah tapi bila ingatkan semual takpelah baik keluar jugak coz nanti rugi plak.. huhu… then aku balas mesej ira untuk join jugak… dia cakap dia dah ajak Zikri dan dia kata ya.. Aku ingat nak ajak Imran tapi dia pergi penang plak. Then tak lama pastuh Ira cakap ajak Nini, so 4 oranglah yang join…
Dalam pukol hamper 8, Zikry sampai kat rumah… sambil dok chit chat, kereta kelisa merah masuk ke kawasan rumah, kelibat dua anak gadis kelihatan… rupanya Ira dan Nini… teruslah kitorang menuju ke Sungai Petani… nak pergi Penang rasa tak sempat plak… so kitorang pon pergilah ke Park Avenue untuk bermain bowling…


Dalam kereta macam –macam cerita keluar, pasal itulah inilah… besalah menyembangkan… dah tuh tak larat gelak dengan lawak si Zikri dia tuh kalau bab merapu bagilah kat dia… Jeles tengok Ira bawak keta… nampak cekap jew.. hurm…

Masa main bowling paling kesian kat Ninilah…. Slalu masok longkang jew… camne ntah baling bola… haha~ Ira plak last2x tunjuk taring plak… teroooss menang.. aku dapat second, zikry third and last skali anda tau kan siapa… haha

Then, lepas letih melontar bola seberat 10kg tuh… kitorang gi makan coz Ira lapor… maybe tak sempat makan ke ape ntah, time makan tuh aku ngan Ira jew makan… Si zikry dan Nini tak makan, diet kata diorang… Aku tempah koea teaw sup, yang Ira pilih bihun sup… bleh tahanla tapi mak haji banyak… besalah kedai…

Then ingatkan nak pergi karoeke tapi tak jadi… takpelah lain kali. Harap dapat keluar dengan korang lagi k… kita pergi ke Penang plak… Yee-Hooo!!! Thanks kat Zikry coz blanja makan, thanks kat Ira coz bawak keta then topup minyak sorang2x ekekek and then thanks to Nini sebab tak nyumbang apa2x…muahahha takdelah join pond ah best Nini oit!...
Bestest Ever!


Psst:// masa kami makan, ada pekerja kedai tuh bontotnya krem… lawak toi… ha kelupoq mcm pa gi…lawak al-lucu betol


sesi makan-makan... yeah zikry blanja


<<~ saksikanlah video cambest nieh!

Friday, December 12, 2008

Salam AIDILADHA

Assalamualaikum to all my readers! (ada ker?...haha adala kot coz viewers dah menjangkau hampir angka 200…)Hari nie aku nak ceritakan perkara yang berlaku dalam beberapa hari yang lalu seperti yang dijanjikan…

Alhamdulilah selepas mempunyai kamera digital sendiri aku berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat merakamkan beberapa event yang berlaku di depan batang hidung nie… seronok ada kamera sendiri tapi takleh arr challenge kamera mcm omar… yang kamera mcm paparazzi tuh tak pun yang untuk photoshoot kat studio tuh… haha~

Dalam entry nie aku nak ceritakan bermula dari malam raya… sebenarnya di siang hari tuh aku dan beberapa my friends cam Imran, Zaid dan Asrol telah pergi hang out kat SP, mulanya kitorang gi karoeke, aku sangat gumbira bila dapat nyanyi lagu Girlfriend by Avril Lavigne… haha what so ever… then kitorang shopping… punya tak ingat dunia habis jugak membeli belah hampir rm60 ringgit… then kitorang gi main boling dan akhir skali aku pergi membeli kamera kerana ada jualan murah kat Central Square (PIKOM PC Fair). Sesampainya aku dirumah, aku berasa sangat pelik kerana terdapat banyak gler moto, rupa-rupanya ayah buat kenduri makan bihun dan lemang untuk orang masjid. Aku punyalah malu coz bila aku masuk dalam kawasan rumah semua berpusu-pusu keluar, mungkin dah habis makan… pergh! Dahla aku berfesyen sket malam tuh, dah tuh tangan penuh barang… malu orang masjid tegor… “hai pergi shopping ker”…

Haha~ kelakar betullah… pada malam tuh memandangkan aku dah dapat kamera, aku mulalah menangkap beberapa gambar cambest…huhu saksikanlah gambow cambest nie..


Mella adikku jadik model
Sofa mak yang sangat masyuk

Sebenarnya nak test flash kamera, tngklah dalam gelap pon nampak jelas kan

mak intan pon jadik model...


Esoknya raya haji menjelma… kendengaran takbir raya sayup2x… terasa best jew bila nak raya niekan… selepas sembahyang sempat jugak aku pergi membersihkan kubur arwah Tok Mah dengan adikku Mella. Selepas itu… hurm… aku hanya terbaring diatas katil… kerana terasa letih satu badan mungkin kerana kelmarin syok sangat sampai tak ingat dunia… haha~ terdengar jam berbunyi tik tok3x… aku ingatkan ada kengkawan datang… tapi seorang pon tak datang, hampagas betol… agak seday jugakla… aku pon agak pelik pada hari tuh coz tak pergi mana-mana selalunya dalam pukol 11 lebey dah aku bergerak pergi beraya tapi kali nie tak plak… dalam pukol 3.30 petang baru aku bertolak ke rumah Ash, malangnya dia pergi ke Sik, kerumah sebelahnya plak rumah Ira Mastura, hampeh macam orang takde kat umah, then aku pergi ke rumah Emran, saudara mara dia ramai lah pulak, segan nak masok rumahnya… plus dia plak tak bleh nak kluar coz nak melayan tetamu, akhir skali aku pergi ke rumah Izzrul, alhamdulilah dia ada menunggu, katanya dari pagi tadi dia menunggu…plus sanggup tak balik kampong sebab nak beraya ngan kawan-kawan.

Rasanya dia agak seday kot coz ingat ramai yang nak datang, tengok aku jew yang datang…kesian… then masa kitorang nak pergi rumah Hazira, Zaid dan Asrol ajak jalan-jalan beraya… apa lagi bila ada geng mulala journey… kitorang lepak umah Hazira, makan laksa… then pergi rumah Sheetah makan laksa jugak… las skali balik kerumah aku, masa time tuh bihun sup dah siap, pergh sedap bangat! Aku yang makan lebey dari tetamu haha~… Zaid dan Asrol lepak agak lama.. sembahyang then blahla… bye guys! Tinggallah Izzrul coz akulah yang nak mengantarnya kejap lagi… Tapi yang dia balik lewat bukannya apa nak berjumpa dengan Ash kawan baik diala… luckily Ash made it to come over my house… dah lama tak lepak skali, gelak sakan, bergossip sampai meleleh air liur… punyalah seronok… huhu dah lama tak kumpul bertiga kan…??? Kalau dok bertiga yang lain tak dihiraukan lagi…

Hampir pukul 12 tengah malam kitorang pon berpisah… Ash balik ke Bkt Meriam dan Izzrul aku hantar ke rumahnya… hurm… permulaan Hari Raya Haji kali nie agak tak best tapi Alhamdulilah dapat jugak ku nikmatinya dengan keluarga dan rakan2x…Amin…

Thursday, December 11, 2008

Stay Tuned Babeh!!!


Hello Readers,

dah 5 hari aku tak blogging... bukannya ape... laptop rosak pastuh kalot dengan raya qurban lagik... so banya citer yang tertangguh... huhu... aku akn usahakan beberapa entry cambest nanti... ada beberapa perkara yang telah berlaku dalam 5 hari yang lalu...

7 perkara cambest buatku

*minat gler lagu Katy Perry - Hot N' Cold
*Laptop sudah comel dan dalam keadaan besh
*Jumpa kawan-kawan dan beraya qurban bersama keluarga
*Dapat makan masakan mak yang sangat sedap
*Keluar malam bergila-gilaan dengan Zikry,Nini dan Ira
*Shopping sakan
*Aku dah ada Digital Kamera sendiri...
lalalalalalal~nyanyi bersamaku... haha~ allalalalala

Saturday, December 6, 2008

Keja Aku Keja CC


hari nie aku bekerja di CC ZM Muhibbah milik KakZai seorang bini orang yang saya kenal sejak sekian lama... hari ni saya dibantu oleh seorang rakan sekerja bernama Imran Othman. At first, i was like so happy coz it's been a long time that i not working here anymore sejak pergi belajar di ipoh... kat sini ada banyak kenangan coz tiap hari aku kena deal with mcm2x jenis customer... tapi part yang paling best sebab all my friends always come and we're had fun together...

but unluckily today punyalah BOOOOOOOOOORINGGGG!!!

customer tak ramai, my friends jugak tak datang...

dah tuh tenet pon slow gler babun...

nak bukak myspace pon sedey yang amat...

tapi takpelah dapat jugak wang nya kejap lagik... hehe

esok nak kluar ke CS coz nak bli kamera... maybe beli kalau murah, kalu tak... tak jugak!

lalallalalalala~

tengoklah bertapa ramainya orang... kuang3x


psst:// ada someone mai...

Friday, December 5, 2008

KUTU JALANAN

Today I had a bad news but akan ku citer last nanti…

Kelmarin actually tak ada ape sangat yang best… tapi ada beberapa perkara yang cambest jugakla yang terjadi first thing aku pergi ke CC untuk check result SEM 1, mula tue punyalah payah nak mencari coz dia keluar semua senarai, pastue KakZai owner CC tue yang gtau ada FINDER, barulah bleh jumpa, bonggok juga aku nie… haha~ and alhamdulilah… CGPA aku dapat 3.42, ingatkan bawah 3 coz math memang kantoi tapi math dapat C haha~… alhamdulilah sangat… takde yang kena repeat… Mak aku cakap kalau perompak tak merompak hari tue mungkin bleh dapat Dekan, haha tapi kau dah cukup syukur memang ingat mati-mati bawah 3.0 .

Aku juga dah buat surat untuk pindah dari asrama kat Cherry Park. Setelah bincang dengan semua, dan mak ayah pon dah putuskan… takpelah biarlah aku berulang dari rumah my aunt ke kolej buat sem nie… jaraknya agak jauhla… tapi takpe… no problem, moto pun nak dibawa. Dah aku faks kan surat tue kat Pejabat Warden… Ha! yang kelakar masa nak meng-faks-kan surat tue masa time bayar… akak tue cakap 5, aku pon cakapla “owh 5 kupang”, skali dia perbetulkan…”tak,tak 5 nget dik” … aku mcm ha?! telan air liur jugakla… mahal erk… hurmm…

Pada malam hari lak, aku ajak Imran datang lepak kat umah, dia pon datang dengan CD2x yang dia pinjam, kami sembanglah… nak men laptop pun masih kat kedai lagi, tengah-tengah sembang tiba-tiba aku dapat mesej dari Zikry suruh datang lepak kat Pantai Merdeka… Imran pon dah cakap jom, ak pon oklah… Selalunya kalau datang ke pantai malam2x nie time ada function mcm funfair ke ekspo ker, ini gelaplah yg amat… patotla orang buat banyak tutttt… kat sini… haha~ malam tue kitorang just sembang pasal awex, kolej, dan beberapa isu semasa yang lain… haha~ antara yang join adalah dua lagi kawan zikry and Zulhelmy aka Ckg Zul or Otai [kawan KPTM]… dalam pukol 10.30 camtue kitorang pon blah la… ok jugak arr dari terperap jew kat umah… tapi rasanya mcm mamat yang berpeleseran ntah mana hala plak… haha~ sometime nak gak outrageous … tapi alah kitorang bukan watpe pon just boys hangout.

Psst:// Thanks kat Imran tiba-tiba jew dia blanja semua minuman kitorang…

NadaFio Announce Bad News: Kepada semua rakan di KPTM kita akan kehilangan seorang lagi rakan iaitu Ahmad Zulhilmi bin Husin sebab dia nak pindah ke kolej Komuniti kat Jitra Kedah, dia ada alasan tersendiri tentang permergiannya nie… aku pon terasa sedih… hurm lepas nie janganlah aku dengar lagi yang nak berpindah dari kolej tue… amat ku harap…

bye friend....ZulHilmi...

Thursday, December 4, 2008

ANTOO FIGHTERS


Ceritanya kelmarin aku dan izzrul dan adalah 2,3 aweks( kawan time kat SMKA Yan) nak lepak kat Central Square (CS), tapi hampeh janji ape ntah, diorang cakap takleh datang coz roadtax kete mampoih plak… What the Fish?… takpelah kitorang pon lepak arr 2 orang… seb bek satu pala bleh gak wat mcm2x benda… first thing we do adalah KAROEKE, haha besalah…lagu yang paling aku enjoy adalah lagu Bring Me To Life by Evenescene dan Girlfriend by Avril Lavigne… all out habis, biarlah pitching lari janji seronok!!!…

pastue kitorang lepak 2 jam kat CC men myspace, blogging, friendster, tngk youtube and mcm2x lagik… yang takleh lupa izzrulla dia tengok Kak Pah Biduanita negara kita, nyanyi lagu Bunga-bunga Cinta tak reti… hentam jer lirik dia… rasanya lagak DIVA sangat kot… haha~ lawak toi orang tua tuh… izzrul jugak menganggap dia sebagai “MAK SETAN”… lawak


pastue kitorang gi lepak kat CS, yang tadi kitorang gi Billion tempat lepak lain… kat sini kitorang window shopping, aku jumpa satu hoodie gempak… tak blehla rasa nak belilah takpalah tunggu duit MARA dulu… haha~ then izzrul beli cd software untuk mak ayah, then kitorang gi makan… yang nak citer nie kitorang gi tengok ANTOO FIGHTER. Berikut adalah ulasan filem tersebut:


Bagi aku citer nie sebuah filem komersial memang baik, seswai untuk tontonan seisi keluarga.. tapi terdapat beberapa kelemahan yang ketara seperti jalan cerita. Kalau korang tengok mesti korang faham, memangla cerita nie merapu and just hiburan yang kelakar tapi mesti ada kelogikkan dalam kemerapuan tuh… ape aku cakap nieh… haha apa yang nak puji grafik atau CGI… agak gempak tapi kalau nak compare ngan Hollywood sure arr kalah… tapi ok What!!! buatan malaysia tuh… bertatih la dulu pasnie baru berlari betol tak?…aku agak terkejut yang Radhi O@G bleh berlakon. Part yang aku tak tahan gelak adalah apabila Bandi Amuk tiba2x jadi pengacara temuramah orang mati… lawak! bukannya apa tiba-tiba jew dia muncul, klakar gler… then Bront masuk, ingatkan watak macho… sekali lembut mai dari utara… lawak arr tapi sayang dia cakap sket ja… banyak gi arr part yang kelakar…syorkan pergilah tengok at least sokonglah filem Malaysoa. kelmarin aku masok panggung punyalah sket orang… kesian… ada kot dalam 30+orang…


Rating: Dari segi grafik oklah… 4 bintang, jalan cerita erm 3.5 bintang, ke-kelakar-an, 4.5 bintang… Secara keseluruhan 3.5 bintang…


Psst:// Izzrul suke part makcik tengah goreng cucur tiba-tiba hantu mai serang…

Nadafio said: Weh takotnya result dah kluaq nieh... kjp gi pas blogging nak usha keputusan ku harap okalh... coz math aku kantoi gler...

Wednesday, December 3, 2008

FUNFACTS: Kebaikan Cokelat

hari nie saja nak berkongsi sedikit pengetahuan dengan all bloggers or readers… kita selalu memikirkan bahawa kalau bercakap tentang coklat, mesti fikir tentang obesiti, mugkin ada kebenarannya tapi tahukah anda COKLAT merupakan makanan yang BAIK untuk kita… kat sini ada 7 Fakta yang perlu anda tahu tentang coklat.

FACT 1 – COKLAT TIDAK MENGGEMUKKAN
Kandungan utama coklat adalah lemak dan gula, tapi kegemukkan datang apabila makan dengan jumlah yang banyak. Namun coklat bukan faktor utama kegemukkan. Seketul coklat persamaan 47gm atau10% daripada jumlah kalori seharian. Orang switzerland makan lebih daripada 9000gm coklat setiap tahun tetapi peratus kegemukkan mereka adalah sangat rendah.

FACT 2: KANDUNGAN KAFEIN RENDAH
Seketul coklat hitam (30gm) mengandungi 10 – 30 mg kafein manakala segelas kopi terdapat 100 mg kafein. ini menunjukkan bahawa kopi lebih membahayakan kesihatan jika dibandingkan dengan coklat. coklat juga elok untuk peredaran darah. Oleh itu, Orang yang berkelasterol rendah boleh makan coklat tanpa ragu – ragu.

FACT 3: COKLAT MENGANDUNGI ANTIOKSIDAN
Kajian menunjukkan kandungan antioksidan coklat 4 kali ganda berbanding teh merah. Ia berkesan bagi mencegah saluran darah tersumbat, penyakit jantung dan tekana darah tinggi.

FACT 4: COKLAT MENCEGAH KEMURUNGAN
Coklat mengandungi phenetylamine, sejenis bahan kimia yang berkesan untuk mencegah kemurungan. Ramai doktor menggunakan coklat sebagai ubat semula jadi bagi mencegahnya. Ini kerana setiap 100 gm coklat mempunyai 410 mg megnasium yang berupaya menenangkan fikiran.

FACT 5: COKLAT LINDUNGI GIGI
Menurut kajian Universiti Osaka, bahan antibakteria dalam koko boleh mencegak kandungantinggi gula lalu mengurangkan kerosakan gigi. Lagipun bahaya coklat terhadap gigi lebih rendah daripada snek manis yang lain.

FACT 6: COKLAT KUATKAN BADAN
Coklat berperanan menguatkan sistem imun badan. Ia mampu mengurangkan risiko jangkitan selesema. Kandungan flavanoid berfungsi menguatkan pertahanan badan serta mencegah barah dan penyakit jantung.

FACT 7: COKLAT PENUH BERKHASIAT
Antara pelabagi jenis coklat, coklat hitam mempunyai kandungan gula dan lemak yang paling rendah. Coklat hitam mempunyai kandungan baik seperti kalsium, magnesium, zat besi, fosforus dan tembaga yang bermanfaat kepada manusia. Apabila seseorang lapar, coklat merupakan pilihan terbaik jika dibandingkan dari biskut atau kek. sebab otulah para pendaki gunung atau jungle trekker, mereka lebih suka untuk membawa coklat daripada bawa makanan lain bersama keran coklat ringan, mudah dan mengenyangkan.

Nadafio said: Semua orang beranggapan Coklat nieh tak baik tapi tengoklah fakta sebenarnya… kita nie kira nak autakan jew… haha~ tapi yang makan mcm tak pernah makan coklat memangla kau akan sakit jugak… makan tuh beringat-ingat… tengok kalau kita makan ubat terlebih dos pon bleh mati, kalau coklat makan banyak pon begitulah sebaliknya… haha~ wah kejap gi habis coklat cadbury kat Tesco… haha~ da…

Tuesday, December 2, 2008

Laptob Yg Ku Sayang, ROSAK!


well citernya mcm nieh...


sebenarnya dah lama dah laptob tuh wat problem aku pon tak pasti bila masa dia jadik bengong.. mula2x yang aku persan takde program webcam, then takleh detect wayerless walaupun bleh guna internet melalui dial-up atau broadband... pastuh jadik lagi satu bendalah hampeh yakni screen jadik putih, tak nampak ape.. tapi aku sebagai tuan dia tau cara mcm mana nak jadikan normal baik but hanya wat skeketika coz bila bukak balik benda sama berulang... pergh hanga hati jugak...


then bila cuti nie, niat memang nak perbaik tapi bila bleh on9 free kat umah (padahal mak bayar)... aku jadik malas nak hantar coz masih bleh guna... then satu hari omar mintak cd driver Acer, aku pon baruterpikir apela ada dalam tuh... rupanya semua benda ada dalam tuh untuk driver Acer, laptop aku mana penah guna coz masa beli dalamnya kosong... then aku try install bendalah dalam tuh... barula btol kalu tak entah ape ntah laptop aku tuh...


then keesokannya aku install lagik komponen yang blom aku install masuk kedalam laptop tuh... yang aku ingat nama bendalah tuh 'intel VGA' ape ntah, bila dah habis install dia soh restart, so i said okey, bila dia bukak balik terus blank... mula keluar puteh jew... tapi then gelap... takde ape langsung... YA ALLAH!!! biar benor... skarang laptop tuh mcm buta... sabor jewla... pastue barula aku soh mak tepon orang tuh so nak gi perbaik... petang kejap gi aku nak ajk ayah pergi ke bagan ajam tuh untuk perbaik... hurm alamtnya taklehla kau nak on9 kat umah dah... WAAA, takleh idop bersama laptob ku!! AKU SAYANG LAPTOP AKU... haha


doakan kesejahteraan laptop aku yang aku gadai nyawa menyelamatkan dia dari dirompak...


satu lagi citer, semalam mak bapak WAWA dah datang amik dia.. coz diorang dah rindu sangat kat anak diorang... takpelah... hurm bila dok sorang dah mula rindu kat si genit tuh... dia bijak bayangkanlah dalam tadika yang dia masok dia dapat no3, dia baru berumur 4 tahun bebudak len ada dari 4 hingga 6 tahun... yang no 1 dan 2 memang budak 6 tahun .... pergh teror... satu lagi dia siap hafal ayat yassin ari 1 sampai 15... aku pon tak ingat... korang bleh ingat... that little girl is a magical angel... haha but haha u know bila angin dia mai.. sapa pon tak bleh buat apa... yassin kemana, habeh kemana...


psst:// ingat-ingat balik... hurm aku pn berjasa dengan dia sanggup dia permainkan jiwaku.. haha siap kau laptop acer!

Sunday, November 30, 2008

HOODIE INI AKU PUNYA

Yee-hoo inilah hoodie yang aku beli di Pasific Penang… harganya dirahsiakan tapi aku ada duit simpanan akhirnya dapat juga kumilikinya, haha~ mcm ala Avril kan?... pergh suke bangat, bagi sesapa yang nyampah or kata aku tak seswai pakai bendalah nie, bleh blah la weh, aku yang nak pakai bukan hampa, wah marah nampak… payah tau kalau orang nak bergaya sket adala mulot yang nak mengata… eee sakit hati, kalau orang lain okey ja… tang aku pergh rapat ja sound… takpalah ini ada la sket gambownya… haha enjoy.. hey hey you you!!!

masih ada tag harga lagik.... muahahhaa

mcm tough lah pulak dadaku, lihat dadaku sexy kan... muahahaha

wah match dengan baju hijau... ok x?

mcm pakai tudung pon ada...

pose maut nieh...

akulah SuperMonkey

Yo! apa khabar?

disturbia... am i scaring you tonite...

cuba tengok bibirku mcm pakai lip gloss revlon... muahahha