Sunday, November 30, 2008

HOODIE INI AKU PUNYA

Yee-hoo inilah hoodie yang aku beli di Pasific Penang… harganya dirahsiakan tapi aku ada duit simpanan akhirnya dapat juga kumilikinya, haha~ mcm ala Avril kan?... pergh suke bangat, bagi sesapa yang nyampah or kata aku tak seswai pakai bendalah nie, bleh blah la weh, aku yang nak pakai bukan hampa, wah marah nampak… payah tau kalau orang nak bergaya sket adala mulot yang nak mengata… eee sakit hati, kalau orang lain okey ja… tang aku pergh rapat ja sound… takpalah ini ada la sket gambownya… haha enjoy.. hey hey you you!!!

masih ada tag harga lagik.... muahahhaa

mcm tough lah pulak dadaku, lihat dadaku sexy kan... muahahaha

wah match dengan baju hijau... ok x?

mcm pakai tudung pon ada...

pose maut nieh...

akulah SuperMonkey

Yo! apa khabar?

disturbia... am i scaring you tonite...

cuba tengok bibirku mcm pakai lip gloss revlon... muahahha

Saya Si BabySitter...

Haru – biru, itulah yang boleh dikatakan bila kita menjaga seorang anak kecil… fuh memang banyak bersabar, dalam minggu nie aku telah dilantik olah mak dan Kak Jat sebagai pengasuh or babysitter… aku nie bleh kata suka bebudak tambah plak anak Kak Jat Si Wawa nie memang dah rapat dengan kitorang kat rumah, yang aku kena jaga nie bukannya apa, mak ayah dia keja, nak hantar ke skolah plak, skolah dia cuti mcm skolah lain, minggu yang lalu Tok dia dah jaga lagipon nak berulang alik jauh sebab Tok dia kat Alor Star, kalau letak kat kitorang dekat sket… mcm tulah ceritanya… memandangkan aku ada, kenalah jaga.. sebenarnya tak susah, masak makan, bancuh susu, tapi apakah daya bila mai ANGIN SAMROT dia… pergh rasanya SINGA PON KALAAAAH!!! Apa yang aku harapkan dapat jalankan tugas dengan baik, tapi ku harap dapat lah tangani stress bila datang angin ribut dia tuh,… yang aku takot masa time mak takdak hari rabu dan khamis nanti sebab kursus, MAMPOSLAH aku nak mengananinya… mau MELETOP jugak aku nanti… doakanlah yer.. haha~

Hari nie aku tak buat apa sangat, tadi petang dalam pukol 1 lebey aku dah pos cd Acer yang diminta oleh Omaw, kuharap dapat membantu dan sampailah bendalah tue esok coz guna Pos Ekspress tau!!... petang tadi Izzrul lepak kat umah coz nak soh aku edit gambar2x dia, ada 5 gambow dah diedit… mulanya nak aku tunjukkan hasil kerja aku yang tak seberapa kat sini tapi takot hilang hak eklusif gambow tue sebab debutnya kat myspace dan friendster… takpalah haha~

Selain edit gambow, kami jugak menyembang, tngk video cambest dan jugak banyak lagik… huhu… heh apa yang aku risaukan skarang nanti mcm mana nak mengatasi budak yang kuat anginnya… Allah helps me… haha~ ada tips bagilah yer…

ini gambow saye, izzrul dengan wawa yang tiba-tiba interframe

wawa si comel cerdik yang garang bagai SINGA MENGAUM!!!

Saturday, November 29, 2008

JEALOUSY = EVIL

How I’m gonna describe citer nie… tak tahu nak cakap mcm mana.. erm macam nielah perkara nie berlaku keatas orang-orang yang aku sayang… taknaklah sebut nama diorang… semua nie berlaku kerna JEALOUSY…

Paris Hilton pernah memetik beberapa ayat dalam sebuah lagu yang bertajuk Jealousy. Kita ikuti liriknya…

Jealousy, Jealousy, Jealousy
Is such an evil thing
To watch someone have
Jealousy, Jealousy, Jealousy
Nobody wins when your full of envy
La, La, La, La......

Menurutnya jealousy merupakan sesuatu yang jahat dan menimbulkan perasaan hasad dengki dan iri hati… itulah yang berlaku dalam keluarga aku sekarang… sedara aku yang rapat telah datang ke rumah, pada yang sama cucu angkat kesayangan mak pulak tumpang dirumah kerana ibu bapanya ada hal yang tak dapat dielakkan, malah kami juga telah berjanji untuk menjaga si W, W nie hanyalah baru berumur 4 tahun, biasalah bebudak memang banyak merungut, menangis tapi kami tak kesah sebab dah faham…

Apabila Si T tahu yang Si W nak datang kerumah ( T merupakan sedara dan berumur belasan tahun tapi masih sekolah rendah) dia seakan membenci dan berasa cemburu terhadap perhatian yang diberikan kepada si W, yerlah mcm mana pon yang semuda itu haruslah diutamakan, tol x?... awak tuh dah berumur, ada otak yang boleh berfikir tapi masih nak berperangai seumur 5 tahun tak bolehlah… adakah dia berkata anak kecik tuh jahat, mengada-ngada, aku sebagai penjaga dia aku sangat terasa hati, mcm nak penampar pon ada jugak masa tuh… dia tak habis menyebut yang kita tak boleh menyayangi orang lain selain darah daging kita, aku rasa amat terkilan dan marah sebab takkanlah kita nak hidup hanya keluarga kita saja, bagaimana pula kehidupan bermasyarakat… aku sangat sedih si T walaupun umur masih muda tapi berperasaan mcm itu, bagaimana dia nak menghadapi kehidupan kelak kalau tidak berubah, mahukah kamu berkawan atau bersaudara dengan orang mcm nie?... oh tidak! Tapi aku sebagai ABANGnya apa yang kuharap suatu hari nanti dia akan berubah, aku tahu dia cuma anak muda yang belum boleh berfikiran matang… jadi boleh dimaafkan, kadang aku berfikir mungkin dia merupakan anak tunggal dan diberi 100% perhatian atas kehendaknya maka jadilah perkara sebegini… mama nya berkali2x memesan supaya jangan berfikiran sebegitu kerna dia slalu berbuat begitu kepada rakan-rakan mamanya, seperti menunjukkan muka yang tak manis, masam jew… hati sapa yang tak terasa kalau kita bertandang tiba-tiba kita tak dipelawa dengan ihklas, memang tak patot! Mak dan Ayah tadi pon terasa dengan kata-kata yang dilemparkan siT kepada si W, apa yang boleh buat adalah kesedarannya sendiri, aku dah berkali-kali bercakap tapi bagaikan cakap kosong yang tak bermakna… apa yang boleh buat hanya kesedarannya sendiri dan kita hanya bleh berdoa… mak juga ada cakap padaku, memang mamanya slalu menasihati anaknya tapi dalam kalangan itu dia still di bawah telunjuk anaknya, mak cakap kalau dia hanya menurut saja anaknya, bagaikan memupuk sifat dengki kepada anaknya… which is SO BAD… entahlah kita nie bukanlah perfect sangat, tapi benda mcm nie marilah beringat k…Ish payah btoi oqang lagunie!!!... sabaq jewla…

Psst:// moral of the story, jealousy is such an evil thing, so we do not do evil thing, at least you are devil…

kena tag dengan KakTa

. Name one person who made you laugh last night?

Sembang dengan Izzrul la, tak larat nak glak

2. What were you doing at 0800?-

Still tidoq coz semalam berjaga banyak kali

3. What were you doing 30 minutes ago?

Basuh pinggan kat dapor…

4. What happened to you in 2006?

Banyak! Kenai kawan baru coz baru tukaq skolah.

5. What was the last thing you said out loud?

HOI!!!!

6. How many beverages did you have today?

Indocafe dengan ayaq masak sahaje

7. What color is your hairbrush?

Rasanya takdelah… tak guna

8.What was the last thing you paid for?

Tadi pergi beli cd kosong, coz nak burn bendalah pe ntah omaw suroh

9. Where were you last night?

Kat umahla mana lagik

10. What color is your front door?

Ini pon nak tanya ka? Warna koko ler… besa jew

11. Where do you keep your change?

Campaklah kat mana bleh campak

12. What's the weather like today?

Hujan jew…

13. What's the best ice-cream flavor?

Vanilla+ perisa lain, kalau vanilla saja tak sedap gak

14. What excites you?

Kalau bleh nak jumpa Avril Lavigne, muaahahaha… jumpa2x sombong plak… hampeh

15. Do you want to cut your hair?

Ya tapi ala Korean syok sket, baru style

16. Are you over the age of 25?

Muda lagik, baru 18

17. Do you talk a lot?

Yeah… kan ada mulot…

18. Do you watch the O.C.?

Yeah, dulu love it my fav character is Summer

19. Do you know anyone named Steven?

Steven?... ntah takde kot…

20. Do you make up your own words?

Banyak… sampai lupa tapi lately suka cakap “What The Fish?” dengan “da…”

21. Are you a jealous person?

Watpenyer…. Jeles nie menyusahkan jew

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.

Ash, kawan dari pra lagik

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'?

Khairul Hanif, kawan masa kat SMKA Yan

24. Who's the first person on your received call list?

Kak Jat, sebab tadi dia tepon Tanya pasai Wawa anak dia yang kami jaga sat.

25. What does the last text message you received say?

“Jap2x, make sure ko try dlu cd tu pas burn. Takot tak ley guna plak kang”, mesej dari Omaw yang risaukan cd yang akan aku pos esok.

26. Do you chew on your straw?

Suka gak kadang2x coz dahaga sangat kot

27. Do you have curly hair?

Memang kalau dah panjang, gram!!! Tak suka nmpk huduh

28. Where's the next place you're going to?

Bila?... ntah taktau gi tapi ti kena balik Ipoh balik nak blajow balik

29. Who's the rudest person in your life?

Ada… tapi malas nak cakap… watpe kan

30. What was the last thing you ate?

TomYam… sodap!

31. Will you get married in the future?

Ntahlah… tapi nak menentukan kesenangan Mak Ayah dululah…

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?

Ada 2 tngk, Quantum Of Solace dengan Madagascar Escape 2 Africa

33. Is there anyone you like right now?

ENTAH… Sapa yang sudikan…

34. When was the last time you did the dishes?

Baru ja tadi…

35. Are you currently depressed?

A lil bit la…

36. Did you cry today?

Taklah… knape pulak

37. Why did you answer and post this?

KakTa la soh tag… erm takpalah wat jew

38. Tag 5 people who would do this survey

  • Omaw
  • Lea Shariff
  • Bleeding_Fiz
  • FauzyLebihTahu
  • Sham

Friday, November 28, 2008

MADAGASCAR to SUNGAI LALANG

Kenapa tajuk hari nie oqang letakkan cenggitu?

I LIKE TO MOVE IT MOVE IT,

HE LIKE TO MOVE IT MOVE IT,

SHE LIKE TO MOVE IT MOVE IT,

WE LIKE TO MOVE IT!!!

Ha! Hari nie my family telah menjelajah dari nun jauh di Madagascar hinggalah ke Sungai Lalang, Sungai Petani… haha takdelah sebenarny hari nie aku menonton film Madagascar Escape 2 Africa… citer nie memang best, bleh kata banyak scenes yang menarik. Watak yang paling aku suka adalah Gloria dan Squad Penguin2x tue… Paling best masa Gloria dan Motomoto (badak air paling handsome kat africa) bermain cinta… kelakar!!! Kalau manusia nak ngorat mesti nak puji cakap “awak cantiklah harinie or you’re looking so nice today” tapi dalam dunia badak air diorang cakap “you’re huge babeh!!”… haha cuba cakap kat awex, mesti penampar punye… tapi badak air tue kira complimentla… huhu memang klakar… yang penguin2x plak blagak ala2x mission impossible jew… diorang pon best…bagi oqang film nie amatlah sesuai untuk tayangan seisi keluarga, tak salah kalau nak bawak sekeluarga lepak-lepak,glak-glak coz bila keluar panggung nanti mesti semua ceria belaka… oqang bagi 4.5 bintang!!!

Dalam pukol 5 macam tue, my family and plus my aunt and tasha yang datang semalam nak pergi ke Sungai Lalang untuk menziarahi Mak Ngah and her family. Saje jew bukan ada event yang berlaku just kunjungan biasa. Aku pun dah lama tak jumpa Mak Ngah and Pak Ngah. Ku juga harapkan untuk berjumpa Irfan anak sedaraku yang sangat comel tapi malang esok baru dia nak datang.. huhu memang comel geram btol! Hari nie mak ngah tak masak coz kitorang tepon tak dapat, dia masak memang terangkat tapi Alhamdulilah gak coz Pak Ngah baru ja habis masak kat umah kenduri kat blakang rumah (rumah teres so fahamlakan..) kitorang makan nasi tomato kampung dengan rendang daging special memang sedap bangat… tadi aku makan banyak gler babun, coz mak pergi ke pasar malam tadi beli macam2x… antara yang aku lantak adalah, nasi tomato, ayam rangka goreng, ayam goreng, keropok lekor, burger, pisang goreng and cucur peneiqam(orang kdah cakap mcm tuela bahsa besa ntah ape ntah, ala kuih hitam2x mcm gelang tue, umah kenduri banyak)… pergh memang kenyang sampai takleh bergerak… haha bagai badak air rasanya… aku nie sampai lupa kalau jumpa makanan… tuh mcm mana nak diet.. ayoyo!

Thursday, November 27, 2008

QUANTUM OF SOLACE


Kenape tajuk post kali nie seperti diatas, bukannya apa sebenarnya tadi aku dan rakan telah pergi ke panggung untuk menonton film James Bond yang ke 22 itu.

Imbas kembali~

Hari nie aku langsung tidak bercadang untuk kemana-mana tapi terlintas di fikiran untuk keluar ke Sungai Petani (SP). Tiba- tiba aku mendapat panggilan daripada rakanku Emran, dia mulanya agak segan untuk mengajak aku kluar tapi mungkin kerna aku pon boring lepak dirumah, so aku dengan big pleasure berkeputusan untuk pergi ke SP.

Dalam pukoi 2 petang kitorang bertolak pergi, dan menuju ke Billion Sungai Petani, kata emran nak berkaroeke, so aku apa lagi bila ajak menyanyi… haha lagu yang dipilih adalah hanya sebanyak 7 lagu, duit tarak tuh sket ja… muahahaha lagu-lagunya adalah Drama, Bersamamu, Ada Cinta, Sandaran Hati, Sudah, Karma dan Nazraku… ada lagu yang cambest dan enjoying, dan ada jugak yang hampeh.

Pastue kitorang bergerak ke tingkat atas untuk bershopping, kat sini selalu kitorang shopping sebab amat berpatutan, Emran nak menyambong pelajarannya ke IKM kat Perlis, so aku nie kira meneman dia untuk membeli barangan keperluan ke sana, mcm baju, kasot and so on… kat sini dia bli sehelai baju kemeja, aku yang pilih memang lawalah… haha

Then kitorang nak ke Lorong Babi (tempat kedai2x pakaian dijual) tapi hujanla plak, so kitorang lepak kat CC men myspace, tngk youtube and so on. Sudah hujan renyai kitorang pergi ke sana untuk membeli kasut plak tapi tiada yang berkenan, so Emran mengajak ke Central Square (most famous hypermarket kat Sp), lagipun dia mengajak untuk tengok wayang… so I said okay

Selepas merayau and bli kasot dia, kitorang pergi ke GSC untuk membeli tiket, mulanya malas untuk menonton tapi dah tiketnya hanya RM5, so ape lagik… antara film yang ditayang masa tue adalah Wayang(duh…), Selamat Pagi Cinta(hello!!!...duh…), Madagascar:Escape 2 africa (dah tngk piracynya… muahahha) and lastly Quantum Of Solace. So kitorang pilih Quantum Of Solace.

Kat sini aku nak bagi sket ulasan pasal citer nieh… dalam citer nie James Bond nie tersangatlah kuat, belasah sana sini tapi still cool jew. Ada banyak adegan yang cambest dan ganaz, semua tempat diorang pergi dan adegan-adegan tue semua melibatkan semua element stunt, dari tembak kereta antara kereta, ke lompat bumbung rumah orang, bot berkejaran dan jugak kapal terbang kargo bertempur dengan jet pejuang. Paling aku tertarik adalah time James Bond dan gadis bondnya beraksi tembak menembak dengan jet pejuang, memang mendebarkan. Tapikan ada part jugak mcm tak logic, contohnya bayangkanlah tempat tue fully burned tapi diorang sepatutn ya terbkar peringkat-3 dah tapi cee… calar sket2x jew, James Bond lagi muhong jatuh dari tingkat brape ntah tak gak2x sakit or patah riuk, pergh kau ingat kau Superman ke James Bond? Satu lagik yang tak puas hati, selepas kapal terbang diorang melatop dan diorang larikan diri dengan paying terjun, jatuh punyalah laju, sempat bukak paying tue kejap jew dan terus jatuh kebawah, tapi James Bond tetap tak patah riuk, steady bleh jalan berjuat miles lagik, mcm **** ntah pahape ntah… yang awex tue pon satu berlakon sket jew pon… tapi satu lagik tak puas hati banyak potong rasanya… yerlah untuk pasaran Malaysia yang ‘mulia’… muahahaa… takdela adegan panas ke ape so ibu bapa blehla bawak anak2x tapi masih perlu bimbinganla… aku bagi film nie 4 bintang dari segi hiburan… bayar 5nget tadi taklah rugi sangat… okeylah… haha

Well its what I’m doin today….

Wednesday, November 26, 2008

TV Marathon

hari nie nothin' special to do... pada paginya agak boring... lately aku takleh tidorla entah mengapa... dah tue habis gatal satu badan... hurm samapi 2,3 pagi baru leh tidor... masalah btol... pagi tadi bangun agak awal tapi pastue terlena balik sampai kol 11.30... harinie mak tak masak tengahhari, makan nasi lemak yang dbeli kat mak ndak sebelah rumah jew... sampailah makan malam baru ada nak dimakan... takpelah dia sibok harinie...

errm petang tadi, dalam pukul 3.10 mcm tue, aku gi lepak umah izzrul... saje jew lepak-lepak,chatting... banyak jugakla yang dibincangkan... haha gossip artis, lagipun izzrul skrang terperangkap dalam konflik cinta... wah biar benar, at first i was like, what the hell is goin on... but seriously its true
my friend involve in so COMPLICATED love.... haha pity ha... so aku nie kira untuk tempat dia lepaskan sket bebannya... talk to somebody, aku harap aku dapat membantu sket yer iger...

lepas makan malam dan solat maghrib aku mula terpacak kat depan tv... honestly harinie baru btol2x tengok kalu tak sebenarnya tengak kejap terus main depan
laptop... entah boringlak tengok tv... haha... Ha! hari nie wat marathon lagik... mula-mula tengok Camp Rock,Then Hannah Montana, after that Gilmore Girls and lastly Ghost Whisperer

berikut merupakan sedikit ulasan rancangan yang ditonton aku tadi

Camp Rock

Hurm honestly aku nie bleh kata big fan jugakla High School Musical, hahaa
malula plak nak commit but yeah i am... whatever... well Camp Rock nie mcm HSM gak but diorang kat summer camp... banyaklah adegan menari, menyanyi yang ditonjolkan... The story follows Connie (Maria Canals Barrera), Steve (EdJaunz) and Mitchie Torres (Demi Lovato), an aspiring young musician who is hoping to become a professional singer. Mitchie wants to go to a music camp for aspiring young musicians named "Camp Rock". Since the family can't afford the tuition, Mitchie's mother arranges to cater food for the camp, thus allowing Mitchie to attend. Mitchie tries to conceal this from her friends at camp by saying her mom is president of Hot Tunes TV China. Spoiled rock star Shane Gray (Joe Jonas) has been assigned to be in charge of
dance classes for one month at Camp Rock by his bandmates Jason (Kevin Jonas) and Nate (Nick Jonas). Shane hears Mitchie singing, and falls in love with the voice, but does not know the identity of the singer. Shane spends much of the movie searching for the girl with voice. Shane and Mitchie have various interactions, and, when Shane learns of the person she pretends to be, a romance between the two blossoms until he finds out that she was lying about who she was. But when he realizes that Mitchie is the girl that he had heard singing. re-instates their relationship. Peggy, one of Tess' posse, wins Final Jam and a recording contract with Shane.

bagi aku citer nie bagi 3 bintang sudah... ending dia kurengla... tiba2x ja habis... Mela(My Sista) minat gilerla... young gurls memang gilakan ceritanya sebab ada The Jonas Brothers... apa yang best entahlah nyanyi pun sengau tak sengau jew... kutuk plak aku nie padahal orang tue dah berjuta dalam poket haha... just oipinion ma... Go Jonas Brothers!!! haha

Hannah Montana

kalau sebut nama nie rasanya semua orang dah tau... komedi sitcom nie memang best bagi akula... funny and fun... hari nie ceritanya Miley terasa nak pecat bodyguard dia yang memang klakar gler sebab terlalu overprotected... akhirnya kerna mulut hannah yang berbisa membuatkan bodyguardnya meletak jawatan dan memberi khidmat kepada president of united states (cory in the house co-cast)... tapi akhirnya hannah aka miley rasa kehilangan dan menganggapbodyguard to irreplaceble dan berjaya memujuknya kembali bertugas sebagai
bodyguard Hannah Montana... best sangat, lawak betol... haha

Gilmore Girls

wah dah lama tak tengok citer nie... aku suka bukannya kenape just diorangnya dialog yang cepat dan ntah apa dicakapnya ntah... memang lawak dan fun... nak ceritakan kat sini tak tahu nak tulis apa tapi everything change... rory and her mom fought and not talking, lorelai blom bagi putus untuk kahwin bila dengan luke and rory jugak dah berhenti dari blajow kat Yale, Logan still...hurm ntahlah banyak episod dan seasons dah tertinggal... tapi star hallow still best(tempat tinggal diorang)... aku merindui ketika dulu ,time rory bercinta dengan Dean(Jared Padelecki)... time tue sangat best... huhu... hurm...

Ghost Whisperer

agak lama tak tengok citer nie time skolah dulu tak miss... best woo... penuh misteri dan debaran... hari nie Melinda terpaksa mengharungi satu lagi detik yang very hard dalam hidupnya kerana ghost yang datang ada kaitan dengan hidupnya... memang penuh dugaan,seram dan emosi... akhirnya setelah maknya bagitau, barulah dia tahu dia bukan anak kandung ayahnya selama ini tapi hasil hubungan cinta maknya dengan kekasih lama yang dibunuh ayah tirinya... memang sedey bila Melinda dapat tahu Tom Gordon bukan bapa kandungnya... kerna Melinda teringat balik saat bapak kandungnya dibunuh, bapak tirinya cuba nak bunuh Melinda namun camtue roh bapak kandungnya datang selamatkan daripada dia daripada dicederakan... memang best tak sabor nak tengok next week lak.. haha

Monday, November 24, 2008

TELUK BATIK MEMANG CANTIK BAGAI KAMI YANG SANGAT GETIK


"FEELS THE TROPICAL BREEZE LA ISLA BONITTA"


Bendalah Yang Cambest 2,3 hari lepas

*aku dah beli Hoodie - ala avril camtue
*lepak dengan kawan - kawan
*lepak kat pasific penang sampai tengah malam
*makan - makan
*cintaku pada Avril Lavigne semakin havoc
*tidur dengan puas sekali

sory for the late post of my "TELUK BATIK MEMANG CANTIK BAGAI KAMI YANG SANGAT GETIK"... hahha lately ada banyak gak benda nak buat so banyak kali tertunggak... so hari ini dapat jugak diabdikan didalam blog aku nie...

imbas kembali...

dalam hatiku "Ya Allah, manala depa nie, kata pukoi lapan lanie dah nak masok
sembilan dah...",achik pon dah bising "mana kawan angah nie!!! berkelah jela
korang kat depan umah tue"... hahaha...
semua persiapan dah aku buat... auntie jugak siap sponser ayour, dengan keropok
ntok kitorang makan... bihun lak memang gempak sedap bangat... tante ku memang
sporting habis dan pandai masak!

agak dalam pukol 9 camtue, omaw and the gang sampai... aku agak terkejut dengan
topi yang omaw pakai... kau ingat kau comel ke babe.. tapi ya memang cute, topi
baby tuela... muahahaaa... sham dengan baju stripnya dan lea dengan gaya amoi
yang siap bertopi... semua punya style yang tersendiri, aku lak pakai jeans
kesukaan ku yang dibagi abang wan dengan menggenakan baju Telok Batik yang
dihadiahkan oleh Che Siah aka Mak Qon (old fren), wah kena gaya dengan tempat
yang akan di tujui....

after that, gi amik enil kat Kg Tekah Tersusun, dia dengan sempoi pakai hoodie
yang cute... dia jugak ditugaskan untuk membawa hot-dog and tikar... belom stat
lagi perjalanan hotdog dah di mamam omaw, lapor sangat kot...lea pon same...

So, mulalah pengembaraan kitorang yang memang cambest!
Dalam perjalanan, omaw cakap dia punya cd player rosak dek dimain bebudak
rumahnya, aku rasa agak sedey sebab hari tue baru aku bawa nak dengar cd "The
Best Damn Thing" didalam keretanya. Tapi rupanya selepas itu baru aku tau
diorang pakat ntok tipu aku... cis! akhirnya track "Girlfriend" berkumandang
didalam kereta omaw dan merancakkan perjalanan kitorang... memang best!!! aku
menyanyi sepanjang perjalanan... diorang tahu satu dua track jew... haha...
then sampai track yang ke-14 "alone", omaw tukar dari Avril Lavigne ke HUJAN...
wah lagi rancakla dalam kete tue... happy sesangat tambah track "dugaannya" and
"luka mana", well my favourite... haha!

dalam perjalan tue perkara yang paling aku takleh lupa yang omaw telah masuk
WRONG WAY!!! Waaaargghhh!!! semua terkejot berok kena sembelit!!!... pemandu
yang lain tengok pelik jew... haha... well kitorang budak baru belajar... adala
kesilapan jalan raya... haha! Unforgettable momentlah...

Sesampai jew kat Telok Batik semua muka nampak ceria yang amat... tapi macam
mana pown melantak adalah no 1... pergh memang sedap bihun goreng auntieku,
omaw,enil,lea semua cakap sedap cuma sham yang tak tahan pedas, alah pedas
apanya... kata orang penang, kari banyak kot... hahaha... biaselah lain orang
lain rasanye... sandwich lea pon sedap bangat... memang kenyang...

sesi menjamu slera.. sempat lagi pose berpuaka


selepas melantak, lea dan enil pergi tukar baju dan kitorang yang tinggal
sempat bermain kamera omaw... memang best...
sesudah semua sudah bertukar rupa... ape lagi serbu AIR!!!
terserlah setiap kegembiraan di setiap wajah rakan-rakanku...
tapikan kenape diorang cakap aku paling happy,gedik... hurm well it's me!!!
hahahaha... whatever,at least i make everyone happy... yang tak happy sapa
suruh... hahaha

meloncat-loncat... bestnya!!
bagai ikan paus terdampar di saat hujung nyawanya...sadis

adegan menyerbu laut...

kalau bab bergambar aku taknak lepaskan tengoklah kesungguhanku... haha

hurm... honestly banyak tahun dah tak mandi laut, walaupun rumah dekat dengan
pantai Merdeka, CINTA KITA DI PANTAI MERDEKA!!! wah teroooss nyanyi! hari tue
aku mandi dengan penuh perasaan, wah berperasaan... rasanya aku yang paling
banyak mandi... sampai dapatku rasa badan ku letih tapi ke-enjoy-an harus
diteruskan!... kitorang, makan, mandi, berjenaka, bergossip, berpossing maut,
dan banyak lagi...

gedik santai sambil bergossip... tenangkan fikiran juga

lompatan gempak!

special editing by me.... lompatan sapa paling hebat hehe...

dalam pukul 4 lebey kitorang berkemas dab berangkat pulang...
tapi sebelum itu sempat lagi berphotoshoot dan aku ada membeli sedikit
cenderamata untuk tasha, mak dan mela... taklah mahal... budget takde nak balik
kedah lagik... haha...

baru pas bli goodies, aku paling comey kat sini... muahahaha

sebelum pulang kitorang sempat singgah kat rumah opah omaw...
time tue hujan lebat yang amat... memang sejuk dan lapor(makan lagik!)... and
luckily makcik2x omaw telah menjamu kitorang minum petang dengan air teh dan
cucur... Alhamdulilah rezeki...

dalam 7.30 lebey sampailah aku di Taman Gopeng Indah, agak sedey untuk
meninggalkan korang,well itu pertemuan terakhir aku dan omaw,enil dan lea untuk
sem pertama... sham bleh datang umah... dalam sem pertama nie aku telah
merempuhi perlbagai dugaan dan cabaran untuk bergelar seorang insan, aku pernah
hidup kesunyian hanya aku dan Allah yang tahu... hinggakan no one notice me,
it's completely so hard and i almost dying (bukan brmaksd aku bunuh diri)... n
then i found my perfect 5, omaw-enil-sham-lea and tak lupa yaya... thanks to
keep me company... aku harap korang terimalah aku seadanya... kalau ada salah
dan silap harap dimaafkan... trip nie merupakan bendalah yang cambest pernah
berlaku pada kehidupan aku... hope we're be together even wherever we go or
lives... one word can i say "I LOVE YOU ALL"...

saksikan dipawagam blakang jamban anda!
untuk lea aku nak nyanyikan satu lagu untuk kau...

when you're gone,
the pieces of my heart are missing you
when you're gone,

the face i came to know is missing too
when you're gone,

the words i need to hear to always get me through the day and make it okay...

I MISS YOU...


blajow elok2x tau jangan lupa aku suda...




Berikut adalah beberapa lagik gambow yang gempak ketika trip ke TELOK BATIK:

lea pose ajal meanwhile enil cuci muka kena pasir


ini orang gila yang terlepas dari tanjong rambutan

bergossip2x...

wah bagaikan burung unta sejoli

pose sedia-taksedia

Heboh Dan Hoodie



hari nie bangun sangat lewat pukol 12 tengahari coz semalam sengaja tidor
lewat... hari nie mak masak makanan kegemaranku lately.TOM YAM... yahooo ada
jeles?... sedap ooo...

owh ya nak citer pasal semalam...
semalam aku dan izzrul nak pergi ke Jom heboh dekat Batu Kawan tapi sebenarnya
kitorang tak pernah nak pergi sana jadi tak tahu jalannya...
sampai dekat Butterworth terus hilang arah tuju...
akhirnya kitorang sampai dekat Pacific Penang... supermarket tue jela kitorang
lepak... sadis... kononnya nak pergi tngk konsertla ada Stacy dengan Siti
Nurhaliza... pergh sempoi tapi apakah daya dah sesat...
jadik kitorang ambik keputusan ntok lepak kat Pacific...

kat situ aku rasa untuk membeli hoodie idaman... hoodie tu mcm jacket/sweater
yang ada penutup pala... akhirnya jumpa,warnanya hitam putih so bleh matching
dengan outfit lain,agak mahal jugak tak pernah beli semahal tue... so len kali
akanku tayang kat sini k...

walaupun sedey tak dapat pergi Jom Heboh tapi aku telah dapat memiliki hoodie
idaman... fesyen ala avril plak... tapi mcm malula plak nak pakai... kejap gi
adala mulut yang mengata... haih mulut orang memang berbau...

psst:// aku jugak berbangga yang blog aku ada seramai 100 lebey pengunjung,
walaupon jumlahnya tak besar aku tetap hepy, yang rasa aku poyo... ikot suka
akula aku yang hepy bukan korang

Saturday, November 22, 2008

Bosan Ke Boring?



hari nie hari yang keempat aku lepak kat umah...
senang cerita hari nie pon boring...
apa yang aku berkawan cumalah laptop aku...
huh memang bosan... tak tahu nak buat apa...

semalam aku edit gambar yang di bagi sham...
fuh sampai lupa nak makan punya asyik dengan gambar2x tue...
so harini nak diupload ke dalam myspace tapi teramatlah menyeksakan...sebab tenet slow glos...
jadik untuk menyepatkannya aku pergi ke cc tempat aku kerja dulu
iaitu ZM Enterprise milik akak yang bernama Zaini...
lagipon lama tak jumpa dia... haha...
sebelum pergi aku ada sempat menghantar mesej kepada
izrul,zikry,ash dan imran suruh datang lepak skali tapi sekoq
pon tak muncoi... geram babun btoi...

Alhamdulilah semua gambar tue telah terupload dengan baiknya...
walaupun memakan masa jugaklah... 20 gambar terbaik
kesemuanya... memang cun bangat... thanks to omaw sebab shoot
kitorang and bagi main kamera mahal ko...

mak ajak pergi kenduri kat sungai lalang tapi malas giler babun,
kalu ada irfan (anak kakLong yang comel bangat) oklah jugak...
kalu pi kenduri ja... malas aku... so tak pi lah...

petang tue memang boring sampai tahap menyengkelkan...
then aku dapat satu idea... owh lama tak perform!

*masa dulu kat umah kalu takdak orang aku akan perform dengan
pelbagai muzik dan berangan bagai artis tengah perform kat
konsert... memang energetic ketika perform sampai peloh2x... ini
adalah salah satu exercise aku untuk keep fit...*
aku perform lagu2x my fav singer of coz Avril Lavigne...
mula-mula nyanyi lagi "I can Do Better" then "Runaway"pastue
track ketiga "The Best Damn Thing" aku dah terkemut-kemut...
kalau dulu seriously sampai satu album bleh perform... haha kali
nie dah tak bleh... haha btol la aku dah gemok... fuh kena diet nieh...

lepas tue aku keluar jalan-jalan cari pasal kat sekitar kampung
dengan menaiki motosikal biruku... ingat nak singah kat umah
Ash, tapi apakah daya ada kenduri kahwin kat rumahnya... seganla plak nak singgah...
masa pulang... tiba-tiba terserempak dengan seorang mamat nie...
macam knal... cis! ash rupanya... terooos kitorang lepak kat
umah... banyak jugak yaang disembangkan, mcm pasal Izzrul,
gossip, matrik, kolej, rompak, siti nurhaliza, lagu2x baru dan
banyak lagi...masa tengah sembang muncol lak seorang lagi
mamat... owh Zikry plak datang... aku ingat ape hal plak mamat
nie... owh rupanya hal yang dia nak cakap hanya kitorang jew patot tahu... haha...

a lil bit while... ash pon pulang... ash dah nak balik ke matrix
perlis esok so taklehlah jumpa lagik... so see u next time buddy...

well itulah yang terjadik hari nie...
malam nie hanya time untok tidur...
so gudnite..

psst:// aku jugak ada telefon izzrul untuk melepaskan keboringan, tapi pastue pon borring jugak...

pasal coretan ke telok batik is under consrtuction...so wait ya!

ash yang berpose maut... wah rerama berterbangan...

Friday, November 21, 2008

Tetamuku Kawanku



hari ini hari ketiga aku dirumah...
hurm macam biasa jugak...
takde sangat yang manarik masa pagi tue...
pagi nie ayah beli nasi lemak 5 kupang, rasanya Pak Cop punya
tapi entahlah... teringat dulu arwah Tok Mah selalu beli nasi
lemak dia yang 3 kupang setiap satu... antara yang melantak
cucunya nielah... haha...

pastue aku on9 untuk bagi header yang dijanjikan kepada KakTa,
akhirnya siap...
aku takot tak lawa...
cuba tengok...
setengah orang cakap aku ciplak...
hurm maybe ya maybe oh no...
whatever... janji kakta suka... haha...
lawa ker ha?...
kakta cakap dah lawa.... eee...
cuba korang tngk kat bawak kejap gi okey x?...
pastue tiba2x aku dapat mesej...
owh zikry nak datang ke rumah rupanya sebab nak ambik software photoshop...
dia pon datang dengan bergayanya dengan honda ero-bek bapak dia...warna emas... besaq...
banyak gak arr di sembangkan lama tak jumpa katakan... haha
pasal awex, blajaq, life, rompak, exciden dan much more...
aku pun ambik banyak barang kat dia... yang must mestilalagu.... hehe...
tapi yang buat zikry gempak tadi sebab aku bagi dia extreme
dekstop... memang gempak... bayangkan dekstop laptop tue mcm
triller film... pergh memang cun...
tak lama selepas tue handset aku menyanyi lagu 'hot' by avril
lavigne bermakna ada mesej, rupanya Sham katanya nak datang
rumah... Wah setuju saja lagipun dia nak bagi gambo kat telok batik yeeehaaa!!!

dalam pukol 1 camtue... aku siap2x nak ke masjid...
masa kat masjid jumpa zulhelmy aka cikgu zul...
ingat tak jumpa... huhu masa last2x kat kolej dah tak jumpa
dia... tak sembang sangat kan dalam masjid... hormati arr... fuh insan mithali...

then petang tue dalam pukol 3.30 sham datang ke rumah dengan
kawannya taufik, 'agak sangsi pada mulanya',..........haha
masa kat dalam bilik buruk aku (burukkan sham?), aku dengan sham
bersembang pasal Lea, gossip, jericho (sham suka cerita), omaw
dan bnyk lagi... yang si taufik tolong gelak jew...

data tentang taufik
~orangnya tinggi berkaca mata berkuasa agak tinggi
~kulit agak cerak dan jerawat juga ada...
~handsome darik sham, kacak lagi aku-muahahaha
~seorang yang bijak sebab sham cakap dia dapat DEKAN
~pelajar UiTM penang, pergh sempoi, lagi sempoi sebelah rumah katanya...
~periang=sebab suka gelak walau dia tak tahu dia sedang gelakkan apa...

pastue lepas menjamu selera minum petang,
aku bawak sham and taufik jalan-jalan cari nahas i mean
jalan-jalan makan angin...
tengok kampong, tngk bukit, sawah padi, tempat tsunami, kambing, pokok pisang, peminat cilikku, sekolah, pasar malam dan banyak lagi...
agak best jugakla... indah jugak kampong halamanku...pergh sempoi...
agak2x dalam 6 lebih camtue,diorang pon pulang... harap diorang
tak nyesal datang... maila lagi yerk

oh lupe nak mention yang kami jugak singgah kat rumah cikgu ZUl,
pada rakan2x yang menggenali teka dia buat apa masa kitorang
datang... drum roll pleazzzz... TIDOOOORRRRR!!!!... haha

psst:/ kepada sham tQ bagi lagu dan video and gambaq, malam nie
aku nak dgr lagu... 'malam semalam bulan purnama'.... ekekekke

header yang direka untuk http://firmannurmie.blogspot.com

wajah sham dan taufik ketiak di dalam bilikku... haha





tunggu coretan dariku
"TELUK BATIK MEMANG CANTIK BAGAI KAMI YANG

SANGAT GETIK"...
hell yeah!!!

Thursday, November 20, 2008

Hari Nasi Goreng SeDonia... Maybe



hari nie hari kedua bercuti dirumah...
hari ini pun tak buat apa sangat...
lepak jew dalam rumah...pagi tadi bangun pukul sebelas... hehe
pastue lapor...
mula-mula nampak nasi lemak kat atas meja tup2x adik bertuah aku
pergi melantaknya dulu...
takpelah tak kesah aku buat nasi goreng ekonomi inflasi...
ambik sambal belacan,sambal petai dengan paprik ayam kemarin aku
gaul sekali dengan nasi...
pergh wallaa... nasi goreng yang sangat sexy...

hari nie rancangan tv pon tak bes...
satu pun tak menarik perhatian, kejap channel nie channel tue...
las skali yang aku pikey best bek aku on9...
ahaa...
on9 myspace,friendster,blogger,ym...
agak lama jugak...
dekat myspace sembang dengan satu mamat nie nama profile dia
"KuTunggu JandaMu"~ala lagu irwansyah tue... dia soh aku wat
satu logo nama dia which is "fauzy 93fc"...
aku nie xlah teror sangat tapi memandangkan aku nak prokan
kemahiran aku... aku buat jewlaah... dia cakap 'gempak
jugaklah'... ada 'lah' tue mcm tak bes ja... apa pendapat korang?...
hurm selidik bukan men selidik tengok2x aku punya junior da...
haha... takpelah aku tolong fullfill kehendak dia...
satu lagik tempahan dari my sista nun seberang sana,Langkawi...
dia soh buat Header untuk dianya blog,aku dengan bangga memikul
tanggungjawab untuk buat bendalah tue... haha
dia tngk sekerat dah cakap cun...
pergh lega rasanya...

then petang tadi pas solat aku rasa mcm nak melepaskan rindu
dengan bawak kancil my dad...
pergh lama tak bawak jadik gabra jugak...
kat ipoh ada bawak keta satria omaw and sama gak gabra nak
mampos... hahaha
takpelah slow2x lah...haha

hurm... wanginya...
dari bilik dah bau masakan mak...
malam nie kitorang makan nasi goreng mak tengah buat tue...
pergh nasi goreng dia mesti terangkat punya...
haha...
hari ini aku makan nasi goreng jewla...
jom soru!!! yum yum yum...

nasi goreng yang cambest!!!
kete ayah yang dipandu aku


hasil kerjaa aku hari ini... ok ker?